Rahimah Abdullah
Penganalisis
berkata, Anwar (gambar) perlu menilai semula kedudukan PH bagi
memastikan ia dapat menyaingi kerajaan pimpinan Muhyiddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Walaupun menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan
Harapan (PH) ketika ini dilihat berada keadaan lemah susulan pandangan
berbeza antara gabungan parti anggota.
Penganalisis
politik dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata, Rang
Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa yang
diluluskan pada Isnin jelas menunjukkan tiada kerjasama dan persefahaman
dalam PH.
Menurutnya,
ia diluluskan berikutan ketidakhadiran 13 Ahli Parlimen pembangkang
untuk melakukan undi tidak bersetuju terhadap Belanjawan 2021 berkenaan.
"Perkembangan
yang berlaku semalam menunjukkan pembangkang sekarang tak benar-benar
berada di dalam satu kerjasama dan persefahaman yang memungkinkan mereka
dapat menyaingi kerajaan.
"Umum banyak mengatakan, kerajaan pada hari ini mempunyai sokongan yang tipis majoritinya.
"Perkembangan
semalam juga menunjukkan bahawa di kalangan pembangkang sendiri
terdapat pandangan yang berbeza, khususnya kenyataan yang telah dibuat
oleh Parti Warisan Sabah.
"Mereka
mengatakan mereka sengaja tidak hadir pada perbahasan yang menyaksikan
RUU di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan
diluluskan.
"Umum lihat keadaan ini
menunjukkan PH berada dalam situasi lemah sejak gabungan ini memenangi
PRU14 pada 2018 lalu," kata Mazlan kepada Astro AWANI melalui Skype hari
ini.
Portal Malaysiakini melaporkan,
Ketua Whip Warisan Rozman Isli berkata, Ahli Parlimen Warisan sepakat
tidak hadir pada sesi perbahasan dan pengundian Belanjawan 2021 di
peringkat jawatankuasa semalam.
Katanya,
mereka sengaja tidak hadir kerana kecewa dengan kepimpinan Presiden PH
Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembangkang tidak sepakat ketika
menentukan Belanjawan 2021 di peringkat dasar minggu lalu.
Mazlan
berkata, kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang berasa kesal dengan apa
yang berlaku pada Khamis lalu sehingga RUU Perbekalan 2021 diluluskan
pada peringkat dasar.
Mereka mendakwa tidak mendapat maklumat tepat atau lewat menerima maklumat.
Susulan
itu, mereka mungkin tidak berpuas hati dan ia ditunjukkan melalui
ketidakhadiran semasa perbahasan peringkat jawatankuasa pada Isnin.
“Justeru,
Anwar perlu menilai semula kedudukan gabungan parti berkenaan bagi
memastikan ia dapat menyaingi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang disifatkan masih utuh setakat ini,” ujar Mazlan.
Peruntukan
bagi JPM dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di
peringkat jawatankuasa pada Isnin, selepas undi belah bahagian yang
dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong, berbanding 95
yang tidak bersetuju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan