Nursyazwani Saiful Sham
Beliau
berkata pembangkang perlu bersatu dan berpegang kepada satu tujuan dan
mengutamakan kebajikan rakyat memandangkan pengundi sudah memilih
mereka.
Foto: Bernama
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyeru agar blok pembangkang kekal
bersatu dan memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.
Jelasnya,
rakyat sendiri boleh menilai apa yang sedang dan sudah berlaku di dalam
Dewan Rakyat terutamanya dalam proses kelulusan Rang Undang-Undang
(RUU) Perbekalan 2021 yang sehingga kini masih lagi diperdebatkan.
"Sebagai
ahli Parlimen pembangkang, apa yang lebih penting untuk kita kekal
bersatu, dan apa yang penting adalah keutamaan rakyat.
"Saya
tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kejadian yang berlaku minggu lalu
di Dewan Rakyat, bagi pihak DAP, Anthony Loke sudah mengeluarkan
kenyataan.
"Saya
berada di Parlimen hampir setiap hari dan meniliti isu-isu yang perlu
diperdebatkan. Apa yang orang tidak nampak ketika ini adalah, tidak
pernah lagi pembentangan belanjawan diperdebatkan setiap hari dan
meminta penjelasan yang terperinci oleh menteri yang terlibat," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam forum secara maya yang dianjurkan Sabah Unity Movement pada Rabu.
Malah ujarnya, orang ramai juga dapat menilai perdebatan itu melalui media sosial.
Justeru,
tegasnya, pihak pembangkang perlu bersatu dan berpegang kepada satu
tujuan dan mengutamakan kebajikan rakyat memandangkan pengundi sudah
memilih mereka.
Terdahulu,
Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dilaporkan bersepakat
untuk tidak hadir dalam sesi undian RUU Perbekalan 2021 pada isnin
adalah kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH),
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Ali, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan