BERNAMA
Ahmad
berkata penubuhan majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi
memutuskan perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus
mengelakkan
parti itu daripada ketinggalan maklumat. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR:
UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan
Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan
mengukuhkan kerjasama antara parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri
Ahmad Maslan.
Beliau berkata penubuhan
majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi memutuskan perkara
berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus mengelakkan parti itu daripada ketinggalan maklumat kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi tidak berada dalam kabinet kerajaan,
"Sebenarnya
cadangan Majlis Presiden ini kami (UMNO) sendiri utarakan. Saya diminta
mewakili presiden dalam satu perjumpaan dengan perdana menteri dan
menyuarakan cadangan ini kira-kira lebih sebulan lepas," katanya kepada
Bernama di Bangunan Parlimen.
Setiausaha
Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini
berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam bersetuju membentuk Majlis
Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN.
Mengenai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bugaya, Ahmad mencadangkan supaya darurat dilaksanakan di Bugaya
seperti di Parlimen Batu Sapi manakala bagi PRK Gerik boleh
dipertimbangkan mengikut keadaan semasa situasi COVID-19 negara.
Katanya
memandangkan Gerik merupakan zon hijau, PRK boleh dilaksanakan mengikut
prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk tanpa kempen rumah ke
rumah.
"UMNO telah beberapa kali
melakukan perbincangan mengenai pelaksanaan PRK Gerik dengan kerajaan
negeri Perak tetapi hingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat
termasuk mengenai calon," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya diadakan serentak pada 16 Jan 2021.
Kedua-dua
kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang Allahyarham Datuk
Hasbullah Osman (Barisan Nasional-Gerik) dan Allahyarham Datin Manis
Muka Mohd Darah (Warisan-Bugaya).
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan