HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2020

‘Selingkuh’ DAP Jangan Dibenam Begitu Sahaja….


Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia terutama dalam isu yang melibatkan DAP, satu demi satu pembongkaran atas ‘selingkuh politik’ yang dilakukan sewaktu mereka berkuasa telah dibongkarkan dan dirungkaikan. Baik dari isu terowong mahupun isu meluluskan projek perundingan langsung yang jumlahnya melebihi RM5 bilion.

Strategi DAP mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes-kes yang di hadapi semakin rancak dimainkan. Pelbagai isu-isu yang ditimbulkan bagi menutup atau mengaburi kes salah laku yang melibatkan parti itu sendiri. Tanpa kita sedar, mereka melaga-lagakan sesama parti melayu dengan isu-isu yang parti melayu itu sendiri kepincangan dengan menambahkan minyak bagi memarakkan api yang kecil. Sebagai contoh, isu Menteri MITI yang tidak mematuhi SOP apabila pulang dari Turki, isu-isu yang melibatkan PRN di Negeri Sabah di mana tidak kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah. Siapa yang mulakan isu ini dan terus menerus memperbesarkan isu ini dan memainkan seruling dari pihak sebelah sana?

Apabila isu rasuah terowong yang kita semua kenali sebagai ‘Terowong Ajaib Lim Guan Eng’ agak reda panasnya, timbul pula isu meluluskan projek rundingan terus yang jumlahnya melebihi RM5 bilion. Kali ini mereka perlu mencari cerita baharu untuk mengaburi dan mengalih perhatian rakyat Malaysia terhadap isu ini. Begitu juga dengan kes seorang lagi bekas Menteri dari DAP yang telah menyaman Dato Azwanddin Hamzah bekas Presiden JMM ini kerana katanya Dato Azwanddin mengeluarkan kata-kata yang berbaur kecaman dan rasism terhadap kes yang berlaku di kuil Seafield pada November yang lepas. Oleh yang demikian, Dato Azwanddin Hamzah, bekas Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah dijadikan sebagai kambing hitam bagi episod ini.

Walaupun kes mereka ini rakyat Malaysia sudah mula melupakan atau tidak didengari disebabkan dengan pergaduhan kuasa oleh-oleh parti melayu yang gila dan tamakkan kuasa, namun kita jangan lupa isu-isu ini harus dibangkitkan kembali supaya rakyat Malaysia khususnya Bangsa Melayu tidak lupa apa yang mereka lakukan sewaktu mereka berkuasa.-24 November 2020 -  MINDA RAKYAT

(*) Mohamad Rabani Md Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perwira Jaringan Melayu Malaysia

Tiada ulasan: