HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2020

Pembangkang gagal lagi dalam undi belah bahagi kali ke-3

  KHAIRULANUAR YAHAYA

Cubaan pembangkang untuk menggagalkan peruntukan Belanjawan 2021 Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di peringkat jawatankuasa gagal selepas 108 mengundi untuk menyokong.

Hanya seramai 95 ahli Parlimen mengundi untuk tidak bersetuju sementara 17 ahli Parlimen tidak hadir.

Undian belah bahagi itu diadakan selepas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Willie anak Mongin selesai membuan penggulungan. Kemudian ahli Parlimen pembangkang seramai 15 orang bangun meminta Dewan Rakyat melakukan undi belah bahagi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menetapkan setiap Ketua Penghitung akan diiringi Bentara bagi memastikan undian dilakukan mengikut kepatuhan Peraturan Mesyuarat.

Ini selepas berlaku insiden salah seorang Ketua Penghitung iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menambah kiraan seorang ahli Parlimen yang tidak hadir ketika mengundi Belanjawan Kementerian Kewangan semalam.

Pembangkang tidak meminta undi belah bahagi terhadap Belanjawan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara yang turut digulung hari ini.

Pembangkang tidak berjaya menggagalkan peruntukan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri dalam undi belah bahagi semalam.-SM

Tiada ulasan: