HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Julai 2021

Kenyataan Asyraf Wajdi mengenai pemimpin UMNO memeranjatkan – Syahredzan Johan

Muhammad Azizul Osman
Syahredzan Johan
Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mengenai sentimen seorang pemimpin parti itu terhadap DAP memeranjatkan, kata Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.

Menurut beliau, kenyataan seorang pemimpin UMNO kepada Asyaf Wajdi boleh membuka mata ramai pihak.

“Saya tidak kisah sangat mengenai kenyataan Asyraf Wajdi, tetapi kenyataan yang dibuat dalam media sosialnya boleh membuka mata.

“Jadi menteri-menteri (UMNO) percaya mereka masih popular dan rakyat tidak menderita sekarang?

“Rungut-rungutan yang dibuat itu mereka lihat sebagai penguasaan media sosial PH?’ soalnya di Twitter beliau.

Semalam, bekas Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) itu memuat naik status berkata beliau kecewa terhadap satu perbincangan dengan seorang pemimpin UMNO.

Status-Asyraf-Wadji-di-media-sosial 

Asyraf Wajdi berkata, pemimpin UMNO itu menasihatkan beliau agar jangan percaya dengan sentimen di media sosial yang didakwa dikawal oleh DAP-PH.

Katanya: “Asyraf, jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dah dikawal oleh DAP-PH. Realitinya PM dan Kerajaan masih popular di kalangan rakyat akar umbi”.

“Dalam hati saya, cubalah baca setiap komen di posting saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah REAL! Betul ke atau saya yang tertipu?, soal Asyraf.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak memperincikan apakah sentimen yang didakwa oleh pemimpin UMNO yang dimaksudkan beliau. – MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: