MALAYSIA POST
PENGERUSI Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengingatkan bahawa bukan sahaja wakil rakyat parti itu yang pernah menjatuhkan kerajaan sendiri, sebaliknya ia turut dilakukan Pas.
Beliau berkata, ia berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas ‘menyembelih’ kerajaannya sendiri pada beberapa dekad silam.
Meskipun tidak menyatakan dengan jelas insiden tersebut, Ahmad (BN-Kijal) dipercayai merujuk kepada kejadian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 1961 yang menyaksikan kerajaan Pas ditumbangkan oleh Adun sendiri.
“Tak kira siapa ‘sembelih’ siapa. Terengganu pernah berlaku awal sekali tahun 1961, Pas ‘sembelih’ Pas juga, orang ingat belaka sejarah.
“Mu tahu ke dok tahun 1961 undi tak percaya pada Pas. Pas perintah Terengganu dan ada undi tak percaya daripada orang Pas sendiri,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2022 Terengganu yang disampaikan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) di DUN Terengganu hari ini.
Sebelum itu, Nawi membangkitkan kebimbangannya terhadap kemungkinan akan berlaku ‘perpecahan orang Melayu di Terengganu’ susulan tindakan Pad bertanding melawan Umno-BN dalam pilihan raya negeri (PRN) di Melaka.
Nawi menyentuh mengenai sikap Pas yang memilih Bersatu dan Perikatan Nasional untuk menyertai PRN berkenaan walaupun parti itu sudah menandatangani piagam Muafakat Nasional bersama Umno. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan