HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 November 2021

BN kemuka 4 Ketua Pemuda Umno di Melaka sebagai calon PRN

 MALAYSIA POST

BN kemuka 4 Ketua Pemuda Umno di Melaka sebagai calon PRN

EMPAT Ketua Pemuda Umno bahagian di Melaka dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Susulan pengumuman oleh Timbalan Pengerang BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pagi tadi, Pemuda Umno menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan parti atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada empat calon tersebut.

Ucapan terima kasih itu dizahirkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut berkongsi biodata ringkas empat calon terbabit menerusi Facebooknya.

Biodata ringkas calon-calon seperti berikut :

N10 ASAHAN
Fairul Nizam Roslan (Along), 43 tahun

•Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Melaka
•Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah
•Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Bekal Sdn. Bhd.
•Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Terbuka Malaysia Melaka

N13 PAYA RUMPUT
Datuk Rais Yasin, 37 tahun

•Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno
•Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu
•Timbalan Pengerusi Kumpulan Melaka Berhad
•Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
•Ijazah Sarjana Muda Shariah Islamiah, Universiti Al Azhar 

N27 MERLIMAU
Dr Muhamad Akmal Saleh, 33 tahun

•Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Melaka
•Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin
•COO, Putra Specialist Hospital, Melaka
•Pemilik, Klinik Dr Akmal Saleh
•Ijazah Perubatan, Russian State Medical University

N21 DUYONG
Mohd Noor Helmy Abdul Halim, 40 tahun

•Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka
•Ahli Majlis MBMB
•Ahli Perniagaan
•Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam

Tiada ulasan: