Astro Awani

Abang
Johari umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3
November 2021 pada sidang media khas jam 9 pagi tadi yang disiarkan
secara langsung di Astro AWANI. -Gambar fail
KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021.
Ketua
Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan
perkara itu pada sidang media khas jam 9 pagi tadi di Bilik Mesyuarat
Utama, tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia (WBM) yang disiarkan secara
langsung di Astro AWANI.
Abang
Johari berkata adalah penting untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12)
Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan
negeri yang baharu.
Beliau menyifatkan ia suatu pengkhianatan sekiranya kerajaan negeri terus digantung.
Turut
hadir pada sidang media khas itu ialah barisan pemimpin utama daripada
setiap komponen parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), antaranya
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti
Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Semalam
media dimaklumkan berhubung sidang media hari ini, namun ia tidak
memperincikan sama ada ia ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Namun
media sejak awal lagi menjangka ia berkaitan dengan pembubaran Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN)
ke-12 negeri itu.
Sebelum ini, teka-teki
mengenai PRN Sarawak semakin memuncak apabila Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan
supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.
Bagaimanapun, tiada tarikh tertentu dinyatakan bagi menandakan berakhirnya Proklamasi Darurat berkenaan.
Penggal
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun
pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat
sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan