Firdaus Azil

Khairul
Azam berkata, Putra tidak takut untuk mengaku rasis, namun tidak juga
menidakkan hak kaum lain yang terjamin dalam Perlembagaan. - Foto Astro
AWANI
ALOR GAJAH:
Merasakan nasib dan kepentingan orang Melayu Islam semakin ditindas di
negara ini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak takut untuk
mengaku 'rasis' demi memperjuangkan suara masyarakat berkenaan.
Naib
Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, parti-parti
Melayu, Islam sedia ada, yang sekian lama mentadbir negara ini, dilihat
gagal untuk memartabatkan kaum itu.
Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka ini, katanya lagi, adalan medan sulung untuk
Putra memperkenalkan konsep 'Rasis Berpelembagaan', bagi memastikan
nasib kaum Melayu dan Islam terbela, tanpa menidakkan hak-hak kaum lain
seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khairul
Azam berkata, Putra tidak takut untuk mengaku rasis,
namun tidak juga
menidakkan hak kaum lain yang terjamin
dalam Perlembagaan Persekutuan
“Putra adalah sebuah parti Melayu, mempunyai base Melayu,
perjuangan berasaskan ke-Melayuan, parti yang tidak takut mengaku
rasis. Namun walau pun rasis, tapi rasis berpelembagaan, berasaskan
peruntukan Perlembagaan.
“Kita melihat
banyak kali sebenarnya kepentingan dan hak orang Melayu dalam
Perlembagaan tidak diperjuangkan mana-mana parti politik berasaskan
Melayu, Islam.
“Mereka terlebih sikap
liberal apabila memegang tampuk kuasa dan lihat sedikit demi sedikit
kepentingan orang Melayu Islam itu dilenturkan, dikendurkan dan
dikompromi atas dasar politik,” katanya kepada Astro AWANI.
Namun,
katanya lagi, selari dengan peruntukan Perlembagaan, parti itu sama
sekali tidak akan menidak atau menindas hak-hak kaum lain.
Khairul
Azam berkata, buat masa ini mereka telah mengenal pasti beberapa kerusi
Dewan Undangan Negeri yang akan ditandingi, termasuk DUN Gadek, yang
dimenangi oleh G Saminathan dari DAP– Pakatan Harapan pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Untuk rekod,
kerusi Gadek, terletak di bawah Parlimen Alor Gajah dan 60 peratus
daripada keseluruhan 12,922 pengundi terdiri daripada kaum Melayu.
Peguam
itu turut berkata, Gadek merupakan testimoni yang sesuai untuk mereka
tampil, selepas sekian lama kerusi majoriti Melayu itu tidak diwakili
oleh ahli politik beragama Islam.
“Di
Gadek ini, majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Jadi yang pertama yang
perlu dititikberatkan Putra adalah kebajikan orang Melayu dan Islam,
kerana sekian lama Gadek ini wakil bukan Melayu Islam.
“Jadi,
kita hendak melihat kembali bagaimana kedudukan orang Melayu Islam di
Gadek, selepas beberapa penggal tak diwakili Melayu Islam.
“Isu
tempatan seperti isu banjir, isu keputusan bekalan air, dan sebagainya,
kepada saya ini semua perlukan perbincangan teliti, perbincangan dan
perancangan dengan pihak yang menyediakan bekalan air, dan juga
menyelenggara serta mengurus hal ehwal saliran sungai,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan