Astro Awani
MOHAMAD:
Dalam politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan
tidak statik, terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji. -
Gambar fail
SEREMBAN:
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dipertimbang untuk diadakan dalam
masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu
disuarakan selepas mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang
dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN), lapor Utusan Malaysia.
Tambah Mohamad, beliau bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu berhubung perkara tersebut.
“Saya
cakap dengan Perdana Menteri semalam, kita perlu pertimbangkan untuk
segerakan pilihan raya umum. Suka atau tidak kita tunggu sampai bulan
Julai nanti sebab perjanjian (MoU kerajaan dan pembangkang) sampai bulan
Julai.
“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka akan pull the plug (tarik diri), kita tidak tahu.
“Dalam
politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan tidak
statik, terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji,” katanya
seperti dilaporkan akhbar itu pada Ahad.
Tambah beliau, sekiranya ditanya kepadanya bilakah tarikh paling sesuai, Mohamad berkata beliau mahu PRU15 diadakan esok juga.
“Jika ditanya kepada saya, saya mahu ia (PRU15) diadakan esok. Kalau kita mahu ikutkan, the feel good factor ada di situ.. masih lagi segar dengan kemenangan dan mandat yang diberi oleh rakyat Melaka.
“Jika
kita tunggu (sehingga habis penggal) apa pula, masa kadangkala sangat
penting, kadangkala kalau waktu tidak tepat susah juga.
“Semasa
PRU14, kita tunggu sampai habis penggal dan kalah, kita buat sebaik
sahaja Sukan SEA, waktu itu sentimen sangat baik, orang sokong
kerajaan,” katanya lagi.
Tegas beliau, mengadakan PRU15 dalam waktu terdekat adalah penting supaya mandat dapat diberikan semula kepada rakyat.
BN berjaya memenangi PRN Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti.
Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.
Dengan
jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan
negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada
Perikatan Nasional (PN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan