Fareez Azman
Ahli
Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut mendoakan
agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula. - Gambar hiasan
MELAKA:
Ahli Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut
mendoakan agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula selepas Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka selesai dengan kejayaan besar buat Barisan
Nasional (BN) ini.
Jelasnya, perpecahan
yang berlaku dalam kalangan Melayu-Islam telah lama berlaku, dan
seharusnya mencari titik pertemuan agar kerjasama dapat dijalin semula.
"Saya doakan antara Pas dan UMNO berbaik semula, kita dah 50 tahun bergaduh.
"Hari ini adalah peluang terbaik untuk kita bersatu, cukup cukuplah perpecahan yang berlaku," jelasnya secara ringkas kepada Astro AWANI.
Beliau ditemui hadir dalam majlis pengumuman kemenangan BN di Command Centre BN di Ayer Keroh pada malam Sabtu.
Sebelum ini, Pas membuat ketetapan untuk bersama Perikatan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Bagaimanapun
Pas tewas di lapan kerusi DUN yang ditandingi termasuk Pesuruhjaya Pas
Melaka, Datuk Kamarudin Sidek yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Duyong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan