MGF1511021_PC-MUHAMMAD-JAILANI-KHAMIS_09
Calon Barisan Nasional N.06 Rembia, Datuk Muhammad jailani Khamis menunjukkan laporan pencapaian pada sidang media pelancaran manifesto Dun Rembia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Taman Saujana Height, Alor Gajah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK,

MELAKA – Pakatan Harapan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rembia selepas calon Barisan Nasional, Datuk Muhammad Jailani Khamis menang dengan hampir 1,000 majoriti.

Muhammad Jailani memperoleh 4,224 undi manakala calon PH, Zamri Pakiri memperoleh 3,364 undi.