MGF16112021_AZMIN-LAWAT-BANDAR-HILIR-12
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (dua kiri) serta calon Perikatan Nasional N.22 Bandar Hilir, Clarice Chan Ming Wang (kanan) dan calon Perikatan Nasional N.19 Kesidang, Patrick Ng Chin Kae (kiri) beramah mesra bersama peniaga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika melawat ke Bazar Ole-Ole, Bandar Hilir, Melaka. Foto MOHD ADZLAN

HANG TUAH JAYA – Langkah Perikatan Nasional (PN) menggunakan poster yang tertera gambar pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk meyakinkan pengundi khususnya golongan muda.

Ini kerana, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai dukungan yang boleh diwarisi oleh anak muda untuk menerajui kepimpinan negara pada masa depan, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.