Israr Khalid
Dr. Muhammad Akmal Saleh mahu buktikan BN kali ini lebih matang dan komited. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Seandainya dipilih menjadi wakil rakyat Merlimau nanti, calon Barisan
Nasional (BN) N.27, Dr Muhammad Akmal Salleh mahu memberi nafas baharu
kepada pusat perindustrian yang ada di DUN itu.
Katanya,
ia supaya daya ekonomi rakyat Merlimau dapat ditingkatkan sekaligus
tidak perlu untuk mereka keluar dari situ untuk mencari kehidupan yang
lebih baik.
“Orang Merlimau sekarang ini kalau nak bekerja dia kena pergi luar daripada Merlimau, keluar ke bandar.
“Kita
akan bangunkan semula kawasan perindustrian Merlimau yang dulunya pesat
membangun, akhirnya mungkin ada kekangan ekonomi ia turun balik. Itu
agenda utama kita,” katanya.
Selain
itu, beliau turut menawarkan khidmat untuk membina serta menambah baik
infrastruktur untuk kesejahteraan penduduk Merlimau yang semakin
meningkat.
Serta, selaras dengan
manifesto peringkat negeri BN, usaha menyelesaikan masalah banjir di
Merlimau akan digerakkan sampai berjaya.
“Bila pembangunan yang pesat akan ada masalah perparitan, bila ada masalah parit akan ada masalah banjir.
“Antaranya
dalam manifesto itu menyatakan kita akan laksanakan dalam tempoh 5
tahun projek tebatan banjir di Merlimau ini, yakin dan pasti mesti
dilaksanakan dalam masa 5 tahun,” katanya.
Juga
dengan meningkatnya populasi Merlimau, beliau mahu mewujudkan
tempat-tempat riadah dan rekreasi untuk kesejahteraan jasmani dan rohani
rakyat setempat.
Tonton temu bual beliau dalam Agenda AWANI Melaka Memilih bersama hos Nazri Kahar, di sini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan