Syafik Shukri Jalil
Tambahnya,
penduduk kawasan itu juga tidak yakin untuk memilih parti lain kerana
tidak ada parti yang akan mampu membentuk sebuah kerajaan di Sarawak
selain GPS. FOTO: Astro AWANI
PELAGUS:
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus tidak bersedia
memilih calon atau parti lain bagi mewakili mereka menjelang Pilihan
Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Menurut
penyandang kerusi DUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, dapatan itu
diperolehi menerusi bancian dan lawatannya ke semua rumah panjang di
kawasan tersebut.
“Saya
sudah melawat ke semua rumah panjang dan saya juga melakukan bancian.
Hasil bancian itu mendapati, mereka semua tidak bersedia untuk diwakili
calon atau parti lain, selain dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Untuk itu saya harap mereka akan terus kekal bersama GPS,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya,
penduduk kawasan itu juga tidak yakin untuk memilih parti lain kerana
tidak ada parti yang akan mampu membentuk sebuah kerajaan di Sarawak
selain GPS.
Malah kesatuan yang diamalkan
oleh rakan komponen dalam GPS terus memberi kepercayaan kepada mereka
untuk terus mengundi gabungan tersebut.
“Penduduk di Pelagus tahu parti yang melawan itu kelak memang tidak dapat membentuk kerajaan.
“Ini
kerana mereka (parti lain) tidak ada gabungan macam kami dan banyak
bergerak secara persendirian atau hanya satu parti, lebih lebih lagi di
kawasan luar bandar,” tambahnya.
Pada
PRN11, Wilson daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) mencatat kemenangan
dalam persaingan tiga penjuru apabila memperoleh 3,778 undi.
Beliau
yang menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan calon DAP,
Bendindang Manjah yang memperoleh 494 undi manakala calon BEBAS, Yong
Sibat dengan 321 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan