Fareez Azman

Menurut
Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Kalam Hassan pemilihan calon
yang tidak disokong akar umbi dikhuatiri memberi impak negatif kepada
parti itu untuk memenangi PRN Melaka. - Foto Astro AWANI
JASIN:
Hanya berbaki beberapa hari sebelum nama-nama calon Barisan Nasional
(BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diumumkan pada Sabtu.
UMNO
Bahagian Jasin tampil meminta agar pucuk pimpinan UMNO mengekalkan
penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan
Rahman sebagai calon yang akan bertanding pada 20 November depan.
Menurut
Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Kalam Hassan pemilihan calon
yang tidak disokong akar umbi dikhuatiri memberi impak negatif kepada
parti itu untuk memenangi PRN Melaka.
"Di Sg Rambai, kita tak pasti calon mana dipertandingkan, saya berharap Datuk Wira Hasan dikekalkan di Sungai Rambai.
"UMNO Cawangan (di Bahagian Jasin) mengharapkan beliau di Sungai Rambai dalam PRN kali ini.
"Beliau
satu-satunya orang membawa pembangunan dilaksanakan dan saya melihat
dan difahami juga
bahawa masa hadapan telah dirancang dengan teliti
Sungai Rambai," jelasnya.
Mengulas lanjut
jelasnya ketika ini, beberapa keluhan diterimanya daripada UMNO
Bahagian di negeri itu berhubung pemilihan calon yang akan bertanding.
Ia melibatkan muka muka baharu dan calon muda yang dilihat tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.
"Selain
daripada Datuk Hasan (di Sg Rambai) saya bimbang pertama sokongan
kepada BN akan berkurang kerana kita tahu Sg Rambai ini merupakan kita
punya fixed deposit (deposit tetap).
"Di Sg Rambai dan Serkam, kalau fixed deposit hilang kalau tak letak calon, sebenarnya kita bimbang perkara sama boleh berlaku di Sg Rambai," jelasnya lagi.
Justeru
beliau bersama 96 cawangan UMNO di Jasin meminta agar pucuk pimpinan
meneliti semula calon yang berpotensi untuk menang di setiap kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kerisauan tetap ada, ramai (ahli UMNO) di Melaka risau bila gambaran disebut-sebut, ramai risau kemelut ini.
"Kita bimbang dan kita ragu kalau sekiranya menjadi titik hitam di Melaka adalah satu kekesalan tidak boleh kita maafkan.
"Ini
luahan hati dan pandangan kita kepada kepimpinan di peringkat atas,
kita ni ahli parti UMNO, kita tak minta apa-apa, kita berjuang dalam
UMNO untuk melihat bangsa dan agama di negara kita terjaga," katanya
lagi.
Risau protes dalaman
Tambah
Abdul Kalam lagi, jika pucuk pimpinan tidak dapat menyelesaikan isu
calon bagi parti itu, dikhuatiri parti itu bakal berdepan protes
dalaman.
Ujarnya, perkara itu tidak dapat dihalang jika calon yang dinamakan di kerusi DUN tidak diterima akar umbi parti itu.
"Kita tak mahu mimpi kedua khas untuk orang UMNO akan mengakibatkan titik hitam sangat menyayat hati.
"UMNO perlu bangkit kalau tidak kali ini tak mungkin UMNO boleh bertahan di negara kita.
"Saya
sedang mencuba untuk memujuk rakan-rakan di Parlimen Jasin untuk akur
keputusan parti tapi sedaya mana saya untuk memujuk. Yang penting pada
hari pengundian 20 November nanti, kalau (akar umbi) tak mengambarkan
apa yang dikatakan kepada saya hari ini, itu merisaukan saya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan DUN Sungai Rambai di sini pada Jumaat.
Terdahulu,
satu senarai nama nama calon Barisan Nasional (BN) tular di laman
sosial sebelum pengumuman rasmi dibuat Pengarah Jentera Pilihan Raya BN,
Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu.
N.28
DUN Sungai Rambai sebelum ini disandang Datuk Rahman Hasan daripada BN
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan majoriti 1,669 undi mengatasi
calon daripada Pakatan Harapan (PH) dan gabungan GPS dan PAS.
Bagaimanapun
dalam senarai yang tular itu menunjukkan penama Siti Faizah Datuk Abdul
Azis diletakkan sebagai calon di DUN berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan