Madiha Abdullah

DUN
Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021 dan SPR dijangka akan
mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam waktu
terdekat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tidak ada pilihan selain menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam tempoh pandemik.
Penganalisis
politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sudah tiba
masanya negara bersedia dan berhadapan dengan situasi norma baharu
termasuklah dalam hal pilihan raya.
Justeru,
beliau melihat pihak berwajib perlu mempertimbangkan aspek budi bicara
dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kerana
fungsi pilihan raya ialah membantu rakyat membuat pilihan terbaik dan
memastikan seramai mungkin untuk turun mengundi.
"Dalam
konteks PRN Sarawak, apa yang perlu ditekankan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) ialah kempen secara maya, namun tidak boleh menutup terus
peluang untuk kempen secara bersemuka dijalankan.
"Ambil
contoh Singapura, mereka menggalakkan kempen secara maya tetapi kempen
bersemuka juga dibenarkan, mengikut SOP tertentu seperti dalam kumpulan
kecil, tidak boleh bersalam dan perlu penjarakan fizikal.
"Kempen
bersemuka penting bagi membolehkan pengundi berjumpa dan berkomunikasi
secara langsung dengan calon dan parti politik terbabit.
"Kita
tak boleh halang perkara ini, orang politik tetap dengan gaya politik,
mereka tetap nak jumpa pengundi," katanya ketika muncul sebagai tetamu
dalam Agenda AWANI, pada Jumaat.
Pada
masa sama beliau menutut SPR supaya menjalankan tugas dan peranan dengan
lebih efisien, serta tidak mengharapkan kepada Kementerian Kesihatan
(KKM) semata-mata.
"SPR kena lihat ini
sebagai isu demokrasi yang besar, bagaimana nak beri ruang kepada proses
demokrasi itu berjalan dengan telus tetapi dalam masa yang sama, peka
dengan SOP.
"KKM dan SPR kena duduk berbincang, jangan biarkan KKM sendirian buat keputusan.
"Libatkan
juga wakil dari parti politik tanpa mengira idealogi. Kita mahu proses
demokrasi ini berjalan telus dan lancar," ujarnya.
Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021, dan
SPR dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi
dalam waktu terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan