Bernama
Annuar
berkata dalam konteks sekarang, jika perkara itu tidak berlaku,
pemberitaan dalam media sosial akan tetap 'berjalan'. - Foto
fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Langkah kerajaan membenarkan poster serta biodata calon bertanding
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disiarkan menerusi platform media
arus perdana adalah selari dengan pendekatan politik yang dinamik iaitu
berubah mengikut situasi dan masa.
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dalam konteks
sekarang, jika perkara itu tidak berlaku, pemberitaan dalam media sosial
akan tetap 'berjalan' dan rakyat khususnya pengundi di Melaka juga mahu
melihat pembaharuan tersebut berlaku dalam PRN kali ini.
"Sekiranya
kita (kerajaan) yang baik, kita tidak harus mempunyai sebarang rasa
kekurangan atau merasakan (perlu) membina tembok yang tinggi antara
kerajaan dan pembangkang, pendekatan masa ini ialah rakyat boleh
membandingkan antara perkara yang baik dan tidak baik secara lebih
matang sifatnya.
"Jadi
kita tidak perlu takut untuk memberi ruang yang cukup dalam proses
menyemarakkan demokrasi supaya akhirnya yang terbaik akan dipilih oleh
rakyat walaupun (pelaksanaan) sudah lama diperkatakan, ia bergantung
kepada soal tekad, keinginan dan keyakinan politik untuk melakukannya,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika
ditemu bual dalam rancangan 'Bicara Khas : Politik Matang, Persaingan
Sihat, Komunikasi Hebat' menerusi TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia
(RTM) malam tadi.
Sebelum ini, Annuar
dilaporkan berkata kerajaan membenarkan RTM menyiarkan poster dan
biodata calon selepas mengambil kira kesulitan mereka berkempen selain
pengundi yang kurang mengenali individu yang bertanding.
Beliau
berkata kerajaan juga memberi ruang kepada calon PRN Melaka untuk
menyatakan aspirasi masing-masing melalui saluran radio MelakaFM bagi
membantu mereka berkempen melalui siaran rasmi kerajaan.
Suruhanjaya
Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan
undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
pada 4 Okt selepas empat ahlinya menarik sokongan terhadap kepimpinan
Ketua Menteri.
Mengulas perancangan
liputan pilihan raya pada masa akan datang termasuk PRN Sarawak dan di
peringkat nasional menggunakan siaran arus perdana bagi calon berkempen,
Annuar berkata beliau akan melihat opsyen tertentu bagi mewujudkan
saluran digital secara khusus.
"Tidak
dinafikan sebenarnya ada masalah tertentu untuk melakukan perkara
sebegini kerana dalam siaran TV, sudah ada program yang komited dan masa
tayang sangat terbatas, tidak boleh diubah-ubah secara ad hoc dan ada
kosnya.
"Namun memandang ke hadapan
dengan perkembangan teknologi, barangkali kita boleh melihat opsyen lain
seperti aplikasi myklik RTM boleh sahaja diwujudkan saluran digital
yang boleh dedikasikan untuk pilihan raya sebagaimana dilakukan
baru-baru ini untuk Sukan Olimpik, yang ada saluran tertentu untuk siar
segala peristiwa yang berlangsung pada sukan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan