Israr Khalid
Bendera Parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mula dipasang bagi
menghangatkan suasana kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di
Kampung Sempang dekat Merlimau, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Data terkini cerapan sistem maklumat geografi (GIS) di Melaka
menunjukkan faktor kaum, sentimen tradisi dan tawaran kebendaan tidak
lagi menjadi kayu ukur untuk parti politik mencatur kemenangan mereka.
Menurut
penyelidik di Jabatan Geografi, Fakulti Sastera & Sains Sosial
Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rosmadi Fauzi, kini didapati
semakin ramai pengundi tidak tetap pegangan mereka pada satu-satu parti
dan penilaian mereka lebih berdasarkan rasional terhadap nilai-nilai
tidak tampak yang ditampilkan calon dan parti yang diwakilinya.
Terutamanya
golongan muda, mereka melihat pihak mana yang mampu memperjuangkan
tentang kualiti kehidupan rakyat, dan tidak lagi berteraskan taat setia
tidak berbelah bahagi seperti generasi terdahulu.
“Saya
lihat pengundi atas pagar ini semakin ramai. Dahulunya mereka sangat
tegar pada satu-satu parti tetapi apabila saya bercakap dan bersembang
dengan mereka, mereka bercakap tentang hak, tentang hal-hal bukan
material.
“Dan saya tengok profil itu adalah berlawanan dengan hipotesis yang ada,” jelasnya.
Kata
Rosmadi, perubahan ketara ini harus diberi tumpuan dan diperhalusi oleh
para pemain politik kerana pengundi masa kini lebih bijak menilai
kualiti yang ditampilkan dan khidmat yang ditawarkan oleh mereka yang
mahu menjadi wakil rakyat.
Menurut
beliau, ia juga secara langsung memberi petunjuk kepada pola perubahan
pemikiran pengundi secara amnya di negara ini menuju Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.
Katanya,
dalam berdepan cabaran membaca dan memahami perubahan pola ini, pemain
politik khususnya mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
di Melaka juga diuji dengan norma baharu berkempen.
Rosmadi
berkata, terutamanya buat 80 peratus muka baharu yang tampil menjadi
calon kali ini, cara mereka memperkenalkan diri kepada rakyat dan
bertapak dalam arena politik juga tidak lagi boleh dengan cara lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan