Shuhada Abdul Kadir
Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengundi di SK Durian Daun (K) di Lendu bagi PRN Melaka hari ini. - Astro AWANI
LENDU:
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk
Seri Sulaiman Md Ali merayu rakyat di Melaka keluar membuat pilihan
tepat pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Sambil
mengimbau kenangan hadir di sekolah lamanya untuk membuang undi, beliau
berkata, peluang ini keluar mengundi perlu direbut rakyat bagi
membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.
“Kepada
yang belum lagi keluar mengundi ambillah masa keluar dan saya mohon
semua jangan lengah-lengah, keluar terus mengundi sekarang.
“Saya
bimbang ada yang kata tidak mengapa, tahun depan ada mengundi lagi pada
Pilihan Raya Umum (PRU). Jangan salah faham, tidak ada lagi pilihan
raya untuk DUN di Melaka ini tahun hadapan,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi bersama isterinya
Datin Seri Munira M Yusop di SK Durian Daun (K), di sini, hari ini.
Dalam
pada itu, beliau turut percaya mampu menawan kerusi itu dengan
mengambil kira sentimen dirinya sebagai anak tempatan di kawasan DUN
berkenaan.
“Seperti mana saya sebut ini
kampung saya tempat tumpah kelahiran saya, jadi kebanyakan pengundi yang
saya temui, semua orang saya kenal.
“Sebab
itu bila saya berjalan menuju ke pusat mengundi ini ramai yang menyapa
saya, saya risau juga nanti orang ingat saya berkempen.
“Kelas itu (tempat mengundi) juga adalah kelas saya ketika darjah tiga dan saya juga merupakan calon no 3,”selorohnya.
DUN Lendu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Sulaiman dengan
Mejar (B) Abdullah Mahadi (Perikatan Nasional) dan Mohamad Asri Ibrahim (Pakatan Harapan).
Pada
Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu, Sulaiman menang kerusi DUN Lendu dengan
majoriti 627 undi menewaskan Ridhuan Dion Bakar (PKR) dan Cikgu Arshad
(PAS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan