Fareez Azman
Mas
Ermieyati semasa mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di Sekolah
Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini.
--fotoBERNAMA
MASJID TANAH:
Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin tidak dapat
menahan sebak pagi ini mengenang peristiwa dan cabaran yang dihadapinya
sepanjang tiga tahun lalu.
Bercakap
kepada pemberita selepas membuang undi di SK Ramuan China Besar, beliau
berkata, semangat arwah ayahnya yang meninggal dunia Ogos lalu dibawa
hari ini.
Hari
ini merupakan hari pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan
Mas Ermieyati yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
“Saya
nak belajar bersungguh-sungguh (dulu) sebab abah, nak masuk universiti
pun sebab abah. Arwah abah antara anak kampung pertama yang masuk
universiti.
“Jadi, aura kepimpinannya membawa kepada apa yang saya ada hari ini. Dialah idola saya," katanya.
Katanya, beliau sempat menziarahi kubur bapanya sebelum keluar mengundi terdahulu pagi ini.
"Kalau dia masih ada hari ini, saya rasa dia bangga dengan saya,” tambahnya sambil mengesat airmata.
Mas
Ermieyati yang baru-baru ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri
Melaka berkata, terlalu banyak cabaran dihadapinya, namun beliau tetap
tabah mengharungi semuanya.
“Terlalu banyak berlaku dalam tempoh tiga tahun ini. Bukan sesuatu yang mudah bagi saya.
“Tetapi
Insya-Allah itulah semangat yang saya bawa. Emak saya pun ada bersama
pagi ini, mendoakan saya, bersama sama suami dan anak anak saya,”
jelasnya lagi.
Pada PRN Melaka kali ini,
Mas Ermieyati bersaing dengan seteru politiknya daripada Barisan
Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH),
Zainal Hassan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan