Hasimi Muhamad

Anwar
mendakwa pimpinan UMNO Melaka mempengaruhi Yang di-Pertua Negeri
Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan
Negeri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Pembangkang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap larangan yang
ditetapkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk tidak
membenarkan perhimpunan yang berkuat-kuasa pada 25 Oktober lalu.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak setuju
sekiranya pilihan raya diadakan tanpa sebarang kempen selepas tindakan
kerajaan pimpinan UMNO Melaka mempengaruhi
Yang di-Pertua Negeri Melaka,
Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sementara saya setuju prosedur operasi (SOP) yang ketat, (dimana) keselamatan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan.
"Sebab
itu kita rasa kesal dengan keputusan kerajaan pimpinan UMNO Melaka yang
mempengaruhi TYT... yang tak fikir panjang, meneliti panjang kesan, ini
masalahnya. Mereka (UMNO) memulakan punca ini (menyebakan) beban dan
susah kepada rakyat... kemudian nak suruh pilihan raya.
"Pilihan
raya (pula) tak boleh kempen, tak boleh jumpa orang... Ini pilihan apa?
Tetapi saya dengar Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)
memberi jaminan untuk menjelaskan SOP ini.
"Ini
kerana macam mana? Naik lori cakap sorang-sorang (seorang diri), (itu)
SOP, kemudian kena denda RM10,000. Makan beratus-ratus orang, ada
majlis, itu tak payah denda. Ini negara apa, darjat mana yang mereka
wakili?
"Saya tidak setuju kalau pilihan
raya dibuat dan dibiarkan (tanpa kempen). Saya faham perkara ini mungkin
sensitif bagi Perdana Menteri tetapi dia Perdana Menteri bagi rakyat
Malaysia, bukan kepada pemimpin UMNO sahaja," katanya ketika membahaskan
Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Anwar
(PH-Port Dickson) berkata demikian menjawab celahan Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang meminta Perdana
Menteri supaya membuat pengumuman segera berhubung SOP PRN Melaka.
Jelas Saifuddin, perkara itu perlu bagi mengelak kekeliruan serta rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
"Melaka
sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan jika berdasarkan
SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelbagai aktiviti sosial sudah
dibenarkan, malah majlis rasmi kerajaan pun dibenarkan.
"Saya
sudah boleh membayangkan akan berlaku 'double standard' dan itu sudah
berlaku. Ada pimpinan sebelah kerajaan papar dengan bangga program
mereka di media sosial tetapi tidak dikenakan kompaun," ujar beliau.
Pada
24 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan,
sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan
raya, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula
25 Oktober hingga 27 November 2021.
Barisan
Nasional (BN), yang mengadakan majlis pelancaran jentera PRN Melaka di
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis lalu telah
dikenakan kompaun.
Bahkan, PKR turut
dikenakan kompaun RM10,000 selepas mengadakan program penerangan
bergerak yang didakwa tanpa kehadiran perhimpunan di Taman Krubong Jaya,
pada Sabtu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan