Fareez Azman
Jelas
Muhamad Ali, keputusan muktamad itu diambil selepas mengambil kira
sentimen serta hasrat ahli-ahli UMNO akar umbi di negeri itu. - Gambar
fail/Astro AWANIKLEBANG:
Enam Ketua Bahagian UMNO di Melaka membuat pendirian menolak kerjasama
dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November depan.
Perkara
itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang
juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad
hari ini.
Jelasnya, keputusan muktamad itu diambil selepas mengambil kira sentimen serta hasrat ahli-ahli UMNO akar umbi di negeri itu.
"Kami
Ketua-Ketua UMNO Bahagian Negeri Melaka ingin menyatakan pendirian
muktamad iaitu kesemua bahagian dalam enam bahagian di Melaka ini telah
memutuskan kita tidak akan bekerjasama dengan Parti Bersatu.
"UMNO
dan Ketua Bahagian di Melaka bersetuju mengadakan hubungan Muafakat
Nasional (MN) bersama Pas dalam menghadapi PRN ini," jelasnya dalam satu
sidang media di sini pada Isnin.
Tambah Mohamad Ali, tindak tanduk pemimpin Bersatu di Melaka juga ujarnya membawa kepada keputusan terbabit.
"Ini
jelas menunjukkan keputusan yang kami buat kehendak akar umbi ahli UMNO
d iatas apa yang dilakukan Bersatu kepada ahli UMNO di Melaka dimana
hubungan kami dengan akar umbi Bersatu tidak ada langsung hubungan.
"Ia
beri gambaran bahawa jika ada hubungan dalam PRN Melaka maka ahli parti
akan tidak bersetuju keputusan untuk bersama Bersatu.
"Kepada
seluruh ahli UMNO Melaka tuan-tuan, puan puan semua boleh bergerak
jangan ada suara nak bersama atau tidak, keputusan telah dibuat tidak
akan bersama Bersatu dan akan perkukuhkan MN bersama Pas," jelasnya
lagi.
Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memperkukuhkan hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).
Pengerusi
Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin
pula dalam satu sidang media sebelum ini menjelaskan keputusan UMNO itu
tidak menjejaskan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan