HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Julai 2008

Kehilangan Balasubramaniam mungkin kerana takut


KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan kehilangan P. Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya disebabkan penyiasat persendirian itu berasa takut tentang keselamatannya atau disembunyikan pihak tertentu selepas membuat dua akuan bersumpah berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin berkata, kehilangan Balasubramaniam membantutkan siasatan polis terhadap dua akuan bersumpahnya bertarikh 1 dan 3 Julai lalu.

Dalam akuannya mengandungi butiran tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu serta akuan bersumpah yang menarik balik kesemua tuduhan tersebut.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum merekod keterangan daripada Balasubramaniam berhubung dua akuan bersumpahnya.

“Polis sedia memberi perlindungan kepada Balasubramaniam sekiranya dia merasa terancam akan keselamatannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

Tiada ulasan: