Tuduhan liwat terhadap Anwar serampang tiga mata
Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH - Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat yakin tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan) adalah agenda serampag tiga mata yang menguntungkan pihak berkuasa (Barisan Nasional).
Katanya, sekurang-kurang dengan serangan itu menyebabkan fokus Pakatan Rakyat terencat dan membuang banyak masa hanya untuk menjawab tuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Manakala Anwar pula disibukkan dengan isu berkenaan.
Menurutnya, apa yang pasti dengan adanya isu berkenaan sudah tentu melegakan Perdana Menteri apabila seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerah berhadapan dengan jentera Timbalan Perdana Menteri manakala jentera Abdullah Badawi hanya memerhatikan dua bakal perdana menteri bertarung sesama sendiri.
Pasukan Abdullah pada masa sama juga berjaya meminimumkan kegelisahan rakyat melalui pengembalian subsidi minyak terus kepada rakyat, Walaupun jumlahnya kecil tetapi bagi rakyat yang susah ia amat berharga.
Menurut Azizah beliau mendengar sendiri suara gembira rakyat apabila menerima wang RM150 bagi motosikal dan RM625 bagi kereta.
"Mereka begitu gembira sekali menerima wang sebanyak itu, mungkin mereka lupa buat seketika segala masalah kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus yang akan mencengkam hidup mereka selepas ini," katanya.
Azizah berkata, beliau yakin peribadi Anwar tidak seperti digambarkan musuhnya tetapi itulah yang terpaksa beliau dan keluarganya hadapi dan berharap keluarganya bersabar.
Ini kerana musuh tidak akan berdiam diri bahkan akan terus menyerangnya dengan serangan lebih dahsyat lagi daripada yang pernah dilaluinya ketika di zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
"Anwar tidak akan diberi ruang untuk naik, jika dahulu pun beliau dijatuhnya semata-mata untuk menghalangnya daripada berkuasa kini mungkin team dahulu bersatu dengan team baru untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri," katanya.
Jelas Azizah walaupun ramai di kalangan team lama (musuh Anwar) telah meninggal dunia tetapi perlu diingat bahawa pemain utamanya masih hidup dan masih berkuasa.
"Tidak mungkin mereka rela membiarkan Anwar hidup selesa kerana ini soal hidup mati bagi mereka.
"Jika Anwar naik bererti hayat mereka akan tamat," jelasnya. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan