Pelatih PLKN diserap sebagai Rakan Cop PDRM
KUALA KRAI: Seramai 360,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak 2004 akan diserap sebagai anggota Rakan Cop Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menangani masalah jenayah dan sosial di kalangan remaja.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata perbincangan telah dibuat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung pelantikan itu yang dianggap mampu membawa perubahan kepada masyarakat.
"Mereka memiliki pelbagai pendidikan, tentunya boleh memberi pandangan dan fikiran yang bernas dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja," katanya kepada pemberita selepas Merasmi Penutup Kursus `Training Of Trainers' PDRM di Kem PLKN Batu Jong di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata setiap tahun seramai 75,000 pelatih keluar dari pusat latihan setelah dididik dengan penuh dedikasi oleh jurulatihjurulatih berwibawa termasuk polis yang tahu tentang undang-undang dan tindakan yang diambil dalam menangani jenayah.
Beliau berkata penempatan anggota terbabit sebagai pelatih fizikal akan membantu menyampaikan mesej yang berguna tentang keselamatan serta peraturan yang boleh dilakukan.
"Kefahaman yang dipelajari tentang undang-undang memudahkan masalah sosial di kalangan remaja dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.37 bilion sepanjang 2004 dan 2007 untuk program itu yang melibatkan pelajar berusia 18 tahun ke atas.
Beliau berkata seramai 21,000 orang yang tertangguh dalam program itu akan dipanggil mengikuti latihan secara berperingkat-peringkat sehingga usia mereka mencecah 35 tahun.
"Dalam tempoh itu, sekiranya mereka tidak mengikuti latihan yang ditetapkan undang-undang akan dikenakan tetapi mereka boleh menangguhkan sehingga usia 35 tahun," katanya.
Berhubung penempatan anggota polis yang berwibawa di kemkem PLKN seluruh negara, beliau berkata ia adalah untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan undangundang di dalam kem.
"Polis akan menjadi "perhubungan" antara pelatih dan polis sekiranya berlaku sebarang permasalahan yang berkaitan dengan undang-undang yang memerlukan polis menyelesaikannya," katanya.BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan