HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Julai 2008

Pos Malaysia perkenal rebat cara online
Kosmo!


KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bakal memperkenalkan kaedah tuntutan rebat tunai kenderaan secara dalam talian (online) untuk kemudahan orang ramai dalam masa dua bulan lagi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia, Mearia Hamzah, melalui kaedah pembayaran secara online itu, ia akan dapat mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat pos seperti yang berlaku ketika ini.

"Ini sebagai langkah untuk menawarkan saluran yang fleksibel dalam pembayaran rebat tunai," katanya di sini semalam.

Tambahnya lagi, kini pihaknya sedang memperkemaskan sistem yang bakal diperkenalkan itu dengan beberapa pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Informasi Bahagian ICT Pos Malaysia, Mohd. Rosdeen Hassan, menyangkal dakwaan bahawa Pos Malaysia menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada setiap pembayaran rebat tunai.

"Sebenarnya belum diputuskan lagi berapa jumlah komisen yang bakal diterima Pos Malaysia memandangkan perkhidmatan ini melibatkan orang awam," katanya.

Tiada ulasan: