HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Julai 2008

Presiden PAS dibenarkan keluar IJN
Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Beliau yang menerima rawatan di Wad Kenanga sejak Ahad, 13 Julai lalu, dibenarkan keluar setelah keadaan kesihatannya pulih seperti sedia kala.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir yang ditemui di wad tersebut, Ustaz Hadi mengalami sakit-sakit dada semasa beliau mengadakan ceramah di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah, Sabtu lepas.

Sementara itu, semasa Harakahdaily menziarahinya di wad tersebut, Ustaz Hadi ceria dan tidak putus-putus bercerita mengenai suasana politik negara.

Beliau juga tidak ketinggalan menatap akhbar-akhbar harian bagi mengikuti perkembangan semasa.

Kata Ustaz Hadi, sebelum beliau pulang ke Terengganu petang ini beliau akan berehat di ibu negara dulu.

Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Zainab Awang menerima jambangan bunga dan telefon dari rakan-rakan pimpinan PAS, antaranya Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Haron Taib.

Turut menghantar jambangan kepadanya ialah bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato' Seri Jamaluddin Jarjis.

Sebelum keluar wad tadi Ustaz Hadi sempat menziarah saudaranya yang dirawat di tingkat 4 hospital berkenaan.

Sementara itu, Toh Puan Seri Zainab berkata beliau bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kesihatan yang baik kepada suaminya.

Katanya, beliau akan terus menemani dan menjaga suaminya. - mns_

Tiada ulasan: