HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Julai 2008

Sah, 17,000 ejen haram


KUALA LUMPUR - Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengesahkan terdapat kira-kira 17,000 ejen haram yang menjalankan kerja-kerja jual beli tanah di negara ini.

Menurut Presidennya, K. Soma Sundram, beliau menganggarkan kadar nisbah bagi setiap seorang ejen hartanah berdaftar mesti diiringi sekurang-kurangnya sembilan ejen haram.

"Kita ada 2,004 ejen berdaftar dan 1,200 daripadanya membuka firma masing-masing dan berdasarkan angka tersebut kita anggarkan terdapat hampir sembilan orang yang menjadi ejen haram," katanya di sini semalam.

Semalam Kosmo! mendedahkan kewujudan hampir 17,000 orang ejen haram yang beroperasi di negara ini dengan menjalankan urusan jual beli tanah tanpa berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) di bawah Kementerian Kewangan.

Kewujudan ejen haram tersebut dikhuatiri boleh mendedahkan orang ramai kepada aktiviti penipuan malah di antara tahun 2005 hingga 2007, sudah terdapat 80 kes yang melibatkan penipuan ejen haram.

Soma ketika mengulas perkara tersebut menjelaskan, situasi itu sangat membimbangkan kerana terdapat banyak kes berkaitan penipuan jual beli hartanah tidak dilaporkan.KOSMO!

Tiada ulasan: