HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Julai 2008

Siri jelajah Anwar diteruskan...
MALAYSIAKINI


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajah ke seluruh negara dengan menghadiri dua ceramah sempena lawatannya ke Melaka pada malam ini.

Beliau dijadualkan berceramah di Batu 5 1/2, Cheng pada jam 9 malam
dan seterusnya menghadiri ceramah perdana di Dataran Hamas, Jasin, pada jam 10.30 malam.

Kelmarin, mantan timbalan perdana menteri itu ditahan polis semalaman untuk mengambil kenyataannya berhubung aduan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Anwar.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung aduannya terhadap Ketua Polis Negeri, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes 'mata lebam" pada 1998.

Pada sebelah malamnya, Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (DNA) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi beliau enggan memberi contoh DNA.

Anwar kemudiannya dibebas dengan ikat jamin polis pagi semalam.

Sementara itu, esok, Anwar akan berlepas ke Pahang dan menghadiri ceramah perdana di Kampung Razali, Kuantan pada jam 9 malam.

Manakala Ahad ini, Anwar akan berada di Johor dan akan menghadiri ceramah perdana di Parit Raja, Batu Pahat, pada jam 10 malam.

Tiada ulasan: