Suhakam sokong himpunan Ahad
Abdul Rahim Sabri
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.
Pesuruhjayanya Datuk S Subramaniam berkata perhimpunan di padang - tidak jauh dari kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling - "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.
Kumpulan pemantau suruhanjaya berusaha untuk menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu, namun beliau harus mendapat keizinan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.
Subramaniam berkata sewaktu acara menyerahkan memorandum dari penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan