Ubah suai pejabat menteri di Parlimen RM2.3 juta
KUALA LUMPUR: Kos perbelanjaan bagi projek pengubahsuaian pejabatpejabat untuk menteri Kabinet di bangunan Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke12 membabitkan RM2.3 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata tender rundingan terus (reka dan bina) itu diberikan kepada syarikat kontraktor Isbul Holdings Sdn Bhd yang beribu pejabat di Plaza Masalam, Shah Alam.
"Projek itu membabitkan tarikh milik tapak pada 31 Mac 2008 dan dan tarikh siap kerja pada 24 April 2008," katanya dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya kerja awalan projek itu membabitkan RM300,000, kerja meroboh (RM25,000), kerja baru dan pengubahsuaian (RM670,609), kerja perabot (RM594,200), kerja pendawaian telefon, SMATV dan audio (RM258,501), kerja elektrik (RM90,975), kerja elektrik di bilik cenderamata (baru dibina) (RM10,470), kerja mekanikal (RM38,945) dan peralatan pejabat (RM311,300).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan