Wakil PAS selar dua Timbalan Menteri kerana tidak prihatin
Anis Nazri
KUALA LUMPUR - Wakil PAS di Parlimen menyelar sikap dua anggota pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang menunjukkan sikap tidak prihatin dalam menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan wakil rakyat.
Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyelar sikap Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung, di Dewan Rakyat, semalam.
Khalid mengkritik mereka ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK-9 Kementerian Dalam Negeri, petang semalam.
"Saya bimbang dengan jawapan Timbalan Menteri yang menyatakan bahawa gejala rasuh yang membabitkan anggota polis sedikit. Sedikit saja, tak banyak. Begitu juga dengan Timbalan Menteri Pertahanan tadi, yang menyatakan kes rogol di kem PLKN adalah kes terpencil. Kita sepatutnya perlu mempunyai sikap bahawa benda-benda seperti ini tidak harus berlaku walaupun sedikit. Saya kecewa dengan jawapan timbalan menteri-timbalan menteri ini. Sepatutnya kabinet tidak layak mempunyai anggota seperti ini," tegas beliau sambl disambut dengan tepukan dari kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mencelah jawapan Chor yang mengakui ada anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan gejala rasuah, namun angka itu tidak membimbangkan dan tidak menjejaskan institusi polis.
Sebelum itu, Dato' Wira menyatakan ks rogol yang dilaporkan terjadi di kem PLKN merupakan kes terpencil. - mr_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan