MY METRO
KUALA LUMPUR: Kesemua anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang dibebaskan daripada tawanan lanun di Teluk Aden di perairan Somalia, selamat sampai di Lapangan Terbang Subang di sini kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Korporat MISC, Fiona Clare Pereira berkata kesemua anak kapal tersebut berada dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan buat sementara di Hotel Sheraton, Subang bersama anggota keluarga mereka.
Semua butiran mengenai pembebasan dan penghantaran pulang kesemua anak kapal itu ke tanah air akan diperincikan dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan di Ibu pejabat MISC di Menara Dayabumi di sini petang ini.
Kapal milik MISC, MT Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal — 29 warga Malaysia dan selebihnya warga Filipina, dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen pada 19 Ogos .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan