HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Oktober 2008

Fasa dua sistem amaran tsunami tahun depan

BERNAMA

KOTA KINABALU — Fasa kedua sistem amaran awal tsunami bagi negara ini dijangka siap tahun depan.

Ia melibatkan pembinaan tiga lagi stesen seismik dan pemasangan 15 pengukur pasang surut air, 14 kamera pesisir pantai dan 10 siren amaran, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai.

Berucap merasmikan satu persidangan meja bulat mengenai ancaman dan risiko gempa bunyi dan tsunami di sini hari ini, beliau berkata fasa pertama sistem itu telah disiapkan pada 2007 yang membolehkan Malaysia mengeluarkan panduan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dan kepada orang ramai dalam masa 15 minit.

Fasa pertama itu melibatkan pembinaan 14 stesen seismik dan pemasangan enam pengukur pasang surut, empat kamera pesisir pantai dan 13 siren amaran.

Tiada ulasan: