HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Januari 2009

MB nafi arah PKNS beli 46 lembu

my metro


KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pernah memberikan arahan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubung pembelian 46 ekor lembu untuk diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada Aidiladha lalu, sebaliknya perkara itu diputuskan PKNS sendiri.

Menurut beliau, ini kerana PKNS melalui enam anak syarikat bersekutunya membuat keputusan mengagihkan daging korban ke surau dan masjid di kawasan Parlimennya.

“Saya cadangkan lembu itu dihantar ke Kemboja atau diagihkan kepada golongan miskin di luar Selangor, tetapi cadangan itu ditolak PKNS.

“Jadi bukan saya yang buat keputusan untuk beli lembu ini, tetapi pengurusan syarikat yang mahukan ia diagihkan di Parlimen Bandar Tun Razak dan saya hanya beri senarai surau dan masjid,” katanya di sini semalam.

Khalid ditemui selepas merasmikan pelancaran Program Laman Dapur anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di Kampung Harmoni, Ijok, dekat sini.

Isu pembelian lembu berjumlah RM110,400 menjadi polemik sehingga mencetuskan kontroversi apabila Gerakan Anti Korupsi Rakyat (Gerak Malaysia) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid.

Tiada ulasan: