HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Januari 2009

Nasaruddin serah surat keluar Umno pada Isnin

BERITA HARIAN ONLINE


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang mengumumkan melompat parti Ahad lalu, mengesahkan beliau sudah menyerahkan surat keluar parti ke pejabat Umno Perak, Isnin lalu.

Nasaruddin berkata, beliau juga sudah mengemukakan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sama ketika beliau membuat pengumuman keluar parti di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Pada sidang media itu juga, Nasaruddin menegaskan tidak akan mengubah keputusan yang dibuatnya walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno Perak pada 1 Febuari ini seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Ditanya mengenai keputusan beliau menyertai Pakatan Rakyat selepas ditawarkan jawatan tertentu, Nasaruddin menafikan perkara itu.

Ditanya reaksi pengundi di Bota berhubung keputusannya melompat parti itu, bekas Anggota Parlimen Parit itu mendakwa ramai bersetuju dengan keputusannya dan bersedia turun padang bagi memberikan penjelasan berhubung tindakannya.

Tiada ulasan: