Johari Jaafar
IPOH - Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota , Dato' Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat merupakan satu tindakan yang berani dan bijak.
Katanya bukan mudah seseorang Adun dari Umno untuk melakukan perubahan tersebut sekiranya mereka tidak mempunyai semangat keberanian.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Nasarudin, yang membuat tindakan berani berubah kepada Pakatan Rakyat , diharapkan dengan pengalaman beliau dapat membantu Kerajaan Perak," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Adun Bota tersebut di pejabatnya di sini semalam.
Menurut Nizar keputusan Nasarudin itu merupakan keputusan yang dibuatnya sendiri tanpa ada pujukan atau tawaran jawatan daripada pihak Pakatan Rakyat, kerana itu semua pihak termasuk pemimpin pemimpin Umno perlu menghormati pendirian Nasaruddin untuk 'berhijrah' daripada Umno kepada Parti Keadilan Rakyat.
Oleh kerana keputusan yang dibuat oleh Dato' Nasarudin itu dilakukan secara sukarela katanya, sewajarnya pihak tertentu di dalam Umno tidak cuba melakukan 'ugutan' ataupun tindakan yang disifatkan mengganggu Adun Bota tersebut.
Sehubungan itu Mohamad Nizar berharap tindakan Nasarudin itu dapat diterima dengan baik oleh mana mana pemimpin BN dan beliau mengharapkan penyertaaan Nasarudin ke dalam Pakatan Rakyat dapat memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Dalam sidang akhbar itu juga Dato Nasharuddin mengesahkan beliau telah menyerahkan borang keahlian KeADILan Ahad lepas dan telah menghantar surat keluar dari UMNO sehari kemudian.
Hadir sama ialah Speaker Kerajaan Negeri, V. Sivakumar, Exco Kerajaan Negeri, Mohd. Zainuddin Mond Yusof dan Tai Sing Ng,
Turut hadir sama Adun dari Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahari (Kuala Kurau), Husin Din (Selingsing), Sum Cheok Ling (Bercham), Chan Mung kai (Simpang Pulai), Chang Lih kang (Teja), Keseven (Hutan Melintang), Pengerusi PKR Negeri Perak , Osman Abdul Rahman, Setiausaha PKR Perak , Anwar Zakaria , Ketua Wanita PKR Negeri, Fathmawaty Salim.
"Saya mengalu-alukan tindakan bijak Adun Bota untuk sama-sama memajukan Negeri Perak, kita akan fokus untuk membangunkan Bota yang ramai bangsa Melayu, demikian juga peruntukan Adun akan diberikan kepada beliau," jelas Mohamad Nizar.
Menjawab soalan dari wartawan adakah perlu diadakan pilihaanraya kecil, Nizar menjelaskan mengikut peruntukan undang-undang ianya tidak perlu kerana Dato ' Nasaruddin tidak meletakkan jawatan dari menjadi AdUN.
Ir. Nizar mengatakan bahawa ramai yang bersetuju dengan tindakan Adun Bota itu dan akan turun untuk memberi penjelasan.
Menjawab soalan lain beliau menafikan dakwaan BN yang mengatakan tindakan Pakatan Rakyat menerima Adun Bota adalah salah kerana Pakatan Rakyat sentiasa terbuka, dan itu adalah hak sesiapa pun untuk membuat keputusan.
"Beliau masuk dengan tidak ada kawan, melainkan dengan niat suci dan pengorbanan yang tinggi" katanya.
Ini disahkan sendiri oleh Dato' Nasharuddin dengan katanya ringkas "tidak ada tawaran".
Menjawab satu soalan dari pemberita mengenai kemungkinan Tajol Rosli yang akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Umno negeri dan diganti oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, Mohamad Nizar mengatakan sepatutnya Tajul Rosli meletakkan dari dahulu lagi.
"Sepatutnya beliau meletakkan jawatan dahulu lagi, saya hormati apa saja keputusan beliau".
Pada sidang akhbar itu juga Adun Bota itu menjelaskan tidak akan mengubah keputusan sebelum ini walaupun Najib memegang jawatan sebagai Pengerusi Umno negeri,
"Insya-Allah saya tidak mengubah keputusan saya," kata Nasarudin - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan