HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Januari 2009

Husam ziarah keluarga mendiang Kugan Ananthan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR -Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor baru-baru ini bagi mengucapkan rakaman takziah dan simpati atas kejadian malang yang menimpa keluarga itu.

Turut serta dalam lawatan bersama beliau pada Isnin , 26 Januari lalu (Tahun Baru Cina) ialah Ahli Parlimen PAS Kota Raja Dr Mariah Mahmud dan ianya berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti KeADILan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disertai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta beberapa ahli parlimen KeADILan yang lain.

Husam dalam satu kenyataan berhubung tragedi itu berkata mengikut al-Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya.

"Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali al -Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

"Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau," katanya.

Malangnya kata Husam, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah" dan ini katanya hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa.

"Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini? Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini.

"Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati," katanya Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan dan turut berharap rakan-rakan PAS dapat mengiringi pengebumian jenazah mendiang pada hari Rabu (Hari ini).- azm _

Tiada ulasan: