HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Januari 2009

Ceramah bantah PPSMI di Tmn Melewar 1 Feb ini

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Profesor Dr Shahrir Md Zain dari Asasi Sains Malaysia akan menyampai ceramah membantah PPSMI di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Ahad, 1 Februari ini.

Menurut jurucakap PAS Wilayah Persekutuan, majlis tersebut akan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, PAS Wilayah mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut, untuk menghimpun seberapa ramai para intelek dan cendikiawan Melayu supaya bersatu menentang PPSMI.

Katanya, majlis ceramah itu juga akan menjadi titik tolak kempen PAS Wilayah bagi membantu menggerakkan seramai mungkin peserta untuk menyertai perarakan membantah PPSMI ke Istana Negara, 7 Mac depan.

Sebelum itu, Sabtu ini (31 Januari), Gerakkan Memansuh PPSMI atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya pada jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Antara tokoh pejuang yang akan hadir adalah Dato' Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Shahrir Md Zain, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan, Ainon Mohd, Hasni Abas dan lain-lain. - mr_

Tiada ulasan: