HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Januari 2009

Penentuan harga gula ambil kira semua aspek: Shahrir

BERNAMA


KUALA LANGAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menimbangkan pelbagai aspek terutamanya kesan kenaikan harga gula kepada pengguna dan kewangan kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai harga barangan keperluan itu.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad, buat masa ini rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengurangkan pemakanan gula dan penggunaan gula dalam makanan.

“Kita akan buat suatu keputusan akhirnya sama ada kita nak teruskan memberi subsidi atau menaikkan harga,” katanya selepas merasmikan Seminar Teknologi Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan di Teluk Datuk di sini, hari ini.

Sebelum ini, Shahrir dilaporkan berkata harga gula mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Tiada ulasan: