HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Januari 2009

Kasut Tun Daim hilang

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Bimbang dengan kehilangan tiga pasang kasut milik Tun Daim Zainuddin, seorang pengawal keselamatan di kediaman bekas Menteri Kewangan itu di Jalan Kolam Air Panas, Taman Melawati dekat sini membuat laporan polis.

Kehilangan itu disedari oleh pengawal keselamatan terbabit pukul 8 pagi ini ketika memulakan tugas. Laporan polis dibuat kira-kira pukul 11 pagi ini.

Difahamkan, bekas Menteri Kewangan itu berada di luar negara atas urusan kerja. Kediaman Daim dikawal oleh empat pengawal warga asing.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Beliau enggan mendedahkan jumlah kerugian dalam kes itu.

Tiada ulasan: