SIASAH DAILY
KUALA LUMPUR - Golongan muda mendesak lima perkara utama dilaksanakan oleh kerajaan iaitu biasiswa, kemasukan ke universiti yang lebih baik, pengangkutan awam yang cekap, kemudahan asas dan yang terakhir kemudahan sukan serta rekreasi yang baik.
Desakan ini diketahui melalui satu kajian yang dibuat pensyarah kajian
media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah bersama pasukannya.
Dr Hasbullah memaklumkan desakan ini dalam wawancara khas http://www.tvpas.com/ melalui siri Kubik Minda saluran tv internet itu.
Kajian itu dibuat ke atas golongan muda khasnya di Kuala Terengganu menjelang pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Yang sedihnya tidak ada mana-mana calon atau pemimpin politik yang mengambil kisah perkara ini dalam ucapan dan kempen mereka," kata Abu Hassan.
Katanya, suara golongan ini tidak akan diperolehi dalam mana-mana media tradisional tetapi dalam internet iaitu facebook, blog dan sebagainya.
"Di Kuala Terengganu, politik harapan telah berjaya mendominasi pengundinya berbanding politik takut kerana inilah suara anak muda hasil dari pengaruh kempen Barack Obama di Amerika," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan