UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah diberi kuasa sepenuhnya untuk menyegerakan arahan pembayaran yuran bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, bidang kuasa itu tidak melanggar arahan pekeliling kementerian pada akhir tahun lalu yang membenarkan pembayaran yuran tidak dijelaskan pada sesi awal persekolahan.
Beliau menjelaskan, surat pekeliling kementerian itu bukannya sebagai arahan tetap yang wajib dipatuhi tetapi ia lebih kepada garis panduan yang bergantung kepada budi bicara pihak yang terlibat.
“PIBG boleh memainkan peranan dalam perkara ini yang kelazimannya pada bulan Mac akan diadakan mesyuarat agungnya.
‘‘Jadi bermula sekarang bolehlah mereka memberikan notis mesyuarat dengan memasukkan sekali usul untuk mempercepatkan pembayaran yuran,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ka Siong mengulas mengenai gesaan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) supaya Kementerian Pelajaran menyegerakan arahan pembayaran yuran bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan