HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 April 2009

Aduan doktor 'curi tulang' tidak benar: Liow

Bernama


PUTRAJAYA: Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘curi tulang’ mendapati dakwaan itu tidak benar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini.

Beliau berkata, doktor yang dikatakan ‘membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi’ di wad kecemasan itu sebenarnya adalah Pegawai Perubatan Siswazah dan baru selesai memeriksa pesakit terakhir.

"Semasa menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, doktor itu sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya lapan pesakit yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris kepada pesakit.

"Tiga pesakit sedang menunggu untuk dirawat dan lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan," katanya.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, mendakwa dua doktor di jabatan kecemasan HKL membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Saravanan berkata, peristiwa itu berlaku kira-kira 10.30 pagi apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku percaya ttg itu
kat jab kecemasan patient dtg tanpa henti 24jam

klu patient asma, akan d beri nebulizer serta merta ( jika benar2 asma )

kes kritikal tak kan di tempatkan di kawasan yg sama dgn kes tidak kritikal

dn kes bukan kecemasan tidak di tempatkan di tempat yg sama dgn kes tidak kritikal

jab kecemasan merupakan jabatan yg unik dan terpenting
hargai lah anggota yg bekerja krn anggota yg bekerja di jabatan ini sentisa menghadapi pelbagai karenah manusia, kematian, kesakitan, stress, dgn kehadiran pesakit yg terlalu ramai dlm sehari.

hingga nak makan pon tak sempat. tolong lah fahami mereka.