HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 April 2009

MB Selangor failkan saman terhadap SPRM

Muhammad Arif Ismail


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung dengan isu lembu dan kereta.

Hal ini berikutan dengan kenyataan SPRM bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai pembelian 46 ekor lembu korban dan kos penyelenggaraan kenderaan Lexus yang digunakan oleh Menteri Besar itu.

Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam melalui peguam beliau, Sankara Nair dari tetuan S N Nair & Partners dengan menamakan ketua SPRM dan Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) sebagai defendan.

Dalam saman tersebut, Menteri besar itu mendakwa bahawa difitnah berhubung dengan satu kenyataan akhbar arus perdana, The News Straits Times (NST) di mukasurat dua, pada 21 Februari 2009 yang bertajuk "There is evidance Khalid misused powers" oleh Audrey Dermawan.

Kenyataan yang dikemukakan oleh Khalid itu berdasarkan dakwaan menyalahgunakan dana Kerajaan Negeri bagi menbiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan kos penyelenggaraan kereta lexus.

Dakwa beliau, kenyataan akhbar tersebut mengandungi perkataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh media tempatan.

Ekoran penerbitan kenyataan akhbar tersebut, reputasi beliau secara peribadi menjejaskan imejnya sebagai Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok.

Oleh itu, beliau menuntut pampasan ganti rugi, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah menghalang defendan dari melafazkan, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel yang mengfitnahnya.

Sementara itu, Penguam Menteri Besar, Sankara Nair ketika ditemui berkata, Ketua SPRM tidak boleh membuat sebarang pendakwaan mahu pun bukti terhadap individu dan perkara ini telah ditetapkan dalam akta SPRM itu sendiri.

"Kuasa mutlak untuk memutuskan sama ada terdapat bukti yang kukuh atau tidak hanya terletak kepada Ketua Peguam Negara. Oleh itu, kita dapati mereka telah melanggar akta tersebut," ujarnya. - mks._

Tiada ulasan: