HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 April 2009

Gaji pembantu rumah masuk akaun bank

KOSMO


PETALING JAYA - Majikan perlu memasukkan upah atau gaji pembantu rumah mereka ke dalam akaun bank atau institusi kewangan lain tidak lama lagi apabila pindaan Akta Pekerjaan 1955 dilulus dan dikuatkuasakan.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George yang bertukar ke Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa kelmarin berkata, pindaan akta itu kini dalam proses untuk disiapkan dan dijangka dibentang di Parlimen akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Pada masa ini, upah atau gaji pembantu rumah biasanya disimpan oleh majikan dan ini membawa kepada penyalahgunaan apabila pembantu rumah tidak mendapat bayaran yang sepatutnya, katanya dalam ucap utama pada Perundingan Kebangsaan mengenai agenda kerja untuk pekerja domestik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mohd. Yunus Razzaly.

Pada masa ini terdapat kira-kira 293,400 pembantu rumah asing dengan majoritinya dari Indonesia dan Filipina.

Dalam pada itu, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengalu-alukan cadangan pindaan itu bagi mengelak penganiayaan terhadap kumpulan pekerja itu berterusan.

Tiada ulasan: