HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 April 2009

Selesaikan Pergolakan Politik Segera, Kata Tengku Seri Paduka Raja

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail berharap agar pergolakan politik yang berlaku di negeri Terengganu dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik.

Beliau yang merupakan enam orang bergelar Istana Terengganu menyeru supaya kerajaan khususnya para wakil rakyat menumpukan masa dan tenaga untuk menolong rakyat dari segi pembangunan.

Beliau turut menyatakan kesal dan malu dengan apa yang berlaku kepada parti pemerintah UMNO dan Barisan Nasional Terengganu. (Gambar - turut menyumbang.... wakil dari Kakitangan Sabasun Hyperruncit menyampaikan hasil kutipan mereka kepada Tengku Seri Paduka Raja (tengah) diringin oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hj Hussin Ismail (kanan)

“Sebagai orang Terengganu saya rasa malu (dengan apa yang telah berlaku),”katanya selepas majlis penyerahan Sumbangan Derma Untuk Palestin di Terengganu Equestrian Resort, disini, semalam.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa bangga dengan rakyat Terengganu yang telah memberikan sumbangan begitu banyak untuj tujuan murni membantu saudara-sauadara di Palestin

“Saya rasa bangga dengan kutipan yang begitu banyak dengan tujuan murni membantu saudara-saudara di Palestin,

“saya juga juga bangga dan terima kasih kepada semua NGO yang begitu banyak memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit sehingga dapat mengumpulkan dana lebih dari RM300,000,”katanya dalam kepada pihak media selepas menutup Rayuan Gaza Palestin ‘Bantulah Mereka’ dianjurkan bersama oleh Yayasan Amal Malaysia dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Beliau yang juga Penasihat Mampat bagaimanapun masih merasa kesal dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang tidak memberi kebenaran menggunakan kemudahan Padang Astaka untuk tujuan amal Palestin.

Pada 17 Februari lalu, beliau menyeru kepada pegawai-pegawai MPD yang membatalkan permit penggunaan padang tersebut supaya bertaubat kerana menghalang umat Islam membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

Mengulas lanjut pergolakan politik Terengganu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dan tidak sepatutnya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

“Sepatutnya mereka (ADUN BN) lebih tahu apa yang berlaku dan (mereka) mestilah dibuat pembetulan dalaman mereka supaya diperbaiki pergolakan poltik ini,”

“Saya harapa Menteri Besar, Dato Ahmad Said supaya ketepikan apa jua masalah, panggil mereka duduk semeja untuk berbincang dan menyelesaikan masalah,”ujarnya.

Tiada ulasan: