HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 April 2009

Fairus kekal letak jawatan ADUN Penanti

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kekal dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti. Ia disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali.

Kata beliau, ia dinyatakan oleh Fairus petang tadi.

Dalam pada itu, Fairus berkata, "saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti."

"... serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus.

Kata Fairus, pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membebaskannya dari segala tuduhan adalah satu manifestasi kebenaran yang telah selama ini beliau pertahankan.

"Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya," katanya.

Tiada ulasan: